kakikiri’s weblog

kisah yang tersebut dan terkisah daripada wajah-wajah yang resah dan ambil kisah….

Happy Birthday My Lovely Wife and Selamat Hari Raya…. September 23, 2009

Filed under: puko gamba (photography), sharing — kakikiri @ 3:38 am
Tags: , ,

Raya tahun ni paling bermakna buat Afee sebab on the same day of raya… susah mau dapat tu…. okay2…. hehehe

semoga semuanya di bawah rahmat Ilahi…. raya pun raya jugak tapi life must goes on….. okay, to all my fren yang masih mengenali diri ini, yang dah lupa yang itu dan yang ini, di kesempatan ini saya dan isteri mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin….. harap2 dapat jumpa lagi len kali…..okay, curik gambar dari kapitan zach not zee….. gambar masa bukak puasa kat KL hari tu….Dorsett Regency….sorry gang, terpaksa balik awal sebab dah ada orang menunggu untuk balik kampung….

Sebelum Bukak Puasa - Waiting For the VVIP

Sebelum Bukak Puasa - Waiting For the VVIP

Iftar - Fae & me

Iftar - Fae & me

 

Classic Mode….. September 6, 2009

Filed under: seni — kakikiri @ 7:59 am
Tags:

 

‘The Tree’ by Amir Muhammad August 28, 2009

Filed under: semasa, sharing — kakikiri @ 3:27 pm
Tags: ,

Malaysia’s most influential spiritual leader Nik Aziz offers commentary on the virtuous and Islamic way to conduct ethical commerce in his inimitable style. Using ‘pokok’, he elaborates more and this is a special skill that he has.

 

bulan ini bulan apa? August 25, 2009

Filed under: semasa, sharing — kakikiri @ 4:20 am
Tags:
bulan ini bulan apa

bulan ini bulan apa

 

Ramadhan Kareem 1430H August 19, 2009

Filed under: semasa, sharing — kakikiri @ 6:42 pm
Tags:

Selamat Menyambut Ramadhan……  kedua-dua kami di luar Malaysia… kali ini di Vietnam pastinya dan isteri tercinta di Manchester …. apa-apa pun terimalah…. The Lord of Ramadhan …. (credit to Tok @ tsirahxuan yang begitu bersemangat sekali memperkenalkan lagu ini)…………..

 

Ketika Cinta Bertasbih The Movie….. August 19, 2009

Filed under: semasa, sharing — kakikiri @ 6:18 pm
Tags:

Penangan Pak Habiburrahman El Shirazy daripada karya kreatif novel ke layar perak terus menampakkan taringnya. Selepas Ayat-Ayat Cinta yang meletup, memecah panggung Indonesia dan Malaysia, Ketika Cinta Bertasbih jua menunjukkan hal yang serupa. Berkenalan dengan karya-karya ini melalui Muliyanto Halim, sahabat dari Indonesia (Chinese Indonesian), seorang Buddhist sejati namun meminati novel-novel Pak Habib. Tidak pernah terfikir adakah hal yang sama mampu beralih arah ke Malaysia? Harapannya memanglah ke arah itu selagi masih ada khalayak sasterawan, penghidup sastera puitis yang tidak pernah jemu menulis di samping dasar-dasar kerajaan yang merakyatkan warga Malaysia menjadi satu dan masyarakat yang tidak jumud kepada kerakyatan negara asal.

Apa-apa pun…. terima kasih kepada Afee yang memberikan ‘link’ kepada klip video susunan lagu yang menghidupkan ‘Ketika Cinta Bertasbih – The Movie’………

Petikan dari novel……

“Cantik iya. Tapi kalau tidak bisa menjaga aurat, tidak memiliki rasa malu, tidak memakai jilbab,

tidak mencintai  cara hidup yang agamis, berarti bukan gadis yang aku idamkan!”

” Entah kenapa tiba-tiba ia merasa berdosa. Ia merasa berdosa dan jijik pada dirinya sendiri

yang begitu rapuh, mudah terperdaya oleh tampilan luar yang menipu. Ia jijik pada dirinya

sendiri yang ia rasa terlalu cair pada lawan jenis yang belum halal baginya. Ia heran sendiri

kenapa jati dirinya seolah pudar saat berhadapan atau berdekatan dengan Eliana. Apakah telah

sedemikian lemah imannya sehingga kecantikan jasadi telah sedemikian mudah menyihir dirinya.

Ia beristighfar dalam hatinya. Berkali-kali ia meminta ampun pada Dzat yang menguasai hatinya.”


 

Makkah in Syaaban 1430H August 13, 2009

Filed under: puko gamba (photography), sharing — kakikiri @ 1:36 pm
Tags: ,

Finally was able to perform an umrah trip last Monday…… The Holy City of Makkah looks different with a couple of new building and development.

And the most interesting part of this trip was the chance to go to Thaif…. a place like Genting Highland in Malaysia….. It was so cold overthere eventhough we are in hot summer now in Saudi Arabia.

Some of the pictures that was taken using my apple phone…….

Baitullahilharam fi Makkatil Mukarramah

Baitullahilharam fi Makkatil Mukarramah

Area Between Babussalam and Maulud Nabi

Area Between Babussalam and Maulud Nabi

Rumah Pak Chu kat area sebelah kiri tepi bukit dalam gambar ni….

New Big Mall and Hotel in Makkah

New Big Mall and Hotel in Makkah

Area Tempat Kelahiran Nabi

Area Tempat Kelahiran Nabi

Diriwayatkan bahawa bangunan dalam gambar ini terbina di atas tempat nabi dilahirkan. Bangunan tersebut kini merupakan sebuah maktabah atau perpustakaan yang menunggu masa untuk dirobohkan tetapi mendapat banyak bantahan.

Me....myself

Me....myself

semoga mendapat peluang lagi selepas ini tatkala pulang ke tanah air…. musafir ilallah…..

 

Yangon in Memory….. August 4, 2009

Filed under: puko gamba (photography), sharing — kakikiri @ 9:05 am
Tags:

Some pictures to be shared here……

Bogyoke (pronounce 'Bojo') Market Street

Bogyoke (pronounce 'Bojo') Market Street

Painting Art @ Bogyoke (pronounce 'Bojo') Market

Painting Art @ Bogyoke (pronounce 'Bojo') Market

Shwedagon Pagoda

Shwedagon Pagoda

Shwedagon Pagoda Night View

Shwedagon Pagoda Night View

Downtown Yangon (Bogyoke Market)

Downtown Yangon (Bogyoke Market)

Top of Shwedagon Pagoda with the 'Famous Moon'

Top of Shwedagon Pagoda with the 'Famous Moon'

Downtown Yangon Street Market

Downtown Yangon Street Market

Yangon Antique Stuff Market

Yangon Antique Stuff Market

Myanmar Traditional Puppet Show in Micasa Hotel

Myanmar Traditional Puppet Show in Micasa Hotel

Nyi Nyi's Kid

Nyi Nyi's Kid

Nyi Nyi's Family in Mr Guitar Restaurant

Nyi Nyi's Family in Mr Guitar Restaurant

Enjoice….. ;)

 

Ceritra Tanah Serendah Sekebun Bunga…… TGNA vs TRH ;) August 4, 2009

Filed under: semasa — kakikiri @ 6:13 am
Tags: ,

TGNA = Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan

TRH = YM Tengku Razaleigh Hamzah, MP Gua Musang

Artikel ini diambil dan disalin sepenuhnya dari laman blog ‘TRH’ di alamat ‘ http://razaleigh.com/ ‘.

YB Menteri Besar Kelantan telah mengutus surat kepada YM Tengku Razaleigh untuk meminta pendapat berkenaan isu tuntutan royalti minyak Kelantan atas kapasiti YM TRH yang merupakan Pengerusi PETRONAS yang pertama dan merupakan arkitek penting dalam mewujudkan Akta Petrolium Malaysia.

Di bawah ini merupakan surat yang dihantar dengan tangan oleh Menteri Besar Kelantan melalui YB Dato’ Hussam Musa kepada YM TRH:

Surat TGNA kepada TRH

Surat TGNA kepada TRH

Surat TGNA kepada TRH 2

Surat TGNA kepada TRH 2

Dan jawapan daripada TRH yang tanpa berselindung dengan apa-apa motif politik walaupun TGNA dan TRH adalah daripada kumpulan politik yang berbeza adalah seperti berikut (saya mengambil keseluruhan teks daripada laman web peribadi YM Tengku di samping terjemahan di dalam bahasa Inggeris tanpa sebarang tambahan dan pengurangan):

TRH/U/Phb/Kel/18 Bh.9

30hb Julai, 2009.

8hb Sya’ban, 1430.

Y.A.B.  Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,

Menteri Besar Kelantan,

Pejabat Menteri Besar,

Blok 1, Tingkat 1,

Kota Darulnaim,

15503 Kota Bharu,

KELANTAN. Dengan tangan/Fax No.09-7442748

Bismillahirrahmanirrahim.

Y. A. B. Dato,

TUNTUTAN ROYALTI MINYAK KERAJAAN NEGERI KELANTAN

Saya panjatkan do’a ke Hadrat Allah S.W.T. agar Y.A.B. Dato’  berada dalam keadaan sihat walafiat.

Sukacita saya maklumkan bahawa surat Y.A.B. Dato’ yang bertarikh 15 Julai, 2009, yang disampaikan kepada saya oleh Y.B. Dato’ Hj. Husam  Musa pada hari Jumaat, 17 Julai, 2009, telah selamat saya terima dan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Apabila Malaysia ditubuhkan dalam tahun 1963, bidang kuasa (jurisdiction) ke atas luar pantai Malaysia di antara Negeri dan Persekutuan tidak ditentukan untuk negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Singapura oleh kerana Malaysia ditubuhkan dalam suasana di mana kita telah diancam oleh negara tetangga.  Ini menyebabkan  Kerajaan Negeri Sarawak telah mempertikaikan hak bidang kuasa Kerajaan Persekutuan ke atas luar pantai  Malaysia di perairan Sarawak.  Nasib baik dengan adanya Akta Kemajuan Petroliam 1974 pertikaian ini telah dapat diselesaikan dalam suatu perundingan yang diadakan dengan Kerajaan Sarawak.  Saya telah mewakili Kerajaan Persekutuan untuk merundingkan masalah ini dan tanpa memilih jalan yang sukar, iaitu untuk meminda Perlembagaan Negara bagi menentukan bidang kuasa untuk Negeri dan Persekutuan yang tidak sempat dibuat sebelum ini mengenai kawasan luar pantai Malaysia , maka Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroliam telah diguna bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah ini tetapi telah dapat juga mengatasi kemungkinan ianya ditimbulkan oleh negeri-negeri seperti Sabah selain daripada Sarawak.

Akta Kemajuan Petroliam mempunyai keistimewaannya tersendiri.  Ia telah menyebabkan ujudnya satu perjanjian dalam mana Kerajaan-kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah sanggup meletak hak selama-lamanya kepada PETRONAS mengenai petroliam yang ditemui sama ada di dalam atau di luar pantai Malaysia.  Sebaliknya PETRONAS sanggup membuat bayaran tunai kepada Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan-kerajaan Negeri sebanyak 5% daripada nilai petroliam yang ditemui  dan dijual tiap-tiap tahun menurut Perjanjian itu. Bagi Negeri Kelantan, Allahyarham Dato’ Hj. Mohamed bin Nasir, selaku Menteri Besar, telah menandatangani perjanjian ini dan saya bagi pihak PETRONAS telah menandatangani perjanjian yang sama dalam tahun 1975.

Jelas sekali, dengan tafsiran yang dibuat dalam kedua-dua perjanjian ini nampaknya tidak ada keraguan lagi mengenai  bidang kuasa dalam dan luar pantai Malaysia mengenai petroliam.  Jelas sekali PETRONAS  terikat dengan  perjanjian-perjanjian ini begitu juga Kerajaan Negeri Kelantan dan oleh itu PETRONAS wajib membuat bayaran tunai sebanyak 5% daripada petroliam yang diperolehi daripada luar pantai Malaysia yang bersetentangan dengan Kelantan  kepada Kerajaan Negeri Kelantan.  Kalau tidak silap saya, sebahagian daripada kawasan luar pantai Malaysia yang diusahakan oleh JDA (Joint Development Authority) sekarang ini pernah diberi kepada syarikat asing untuk mencari gali minyak dalam tahun enam-puluhan dahulu tetapi diserahkan balik kepada Kerajaan Persekutuan apabila didapati ianya tidak ekonomik oleh kerana kos mencari gali minyak di ketika itu melebehi harga pasaran minyak dunia.  Untuk makluman Y.A.B. Dato’, saya telah meminta Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak, untuk mengguna pakai Seksyen 4 Perjanjian di bawah Akta Kemajuan Petroliam ini supaya PETRONAS  menandatangani dengan setiap negeri di Semenanjung Tanah Melayu untuk menseragamkan perjanjian-perjanjian yang dibuat oleh PETRONAS  di bawah Akta tersebut.  Apatah lagi disedari bahawa negeri-negeri di Pantai Timur masih kurang maju yang memerlukan bantuan untuk pembangunan dan sudah tentu akan mendapat manfaat daripada bayaran tunai daripada PETRONAS..  Pada masa itu difikirkan ada kemungkinan kawasan luar pantai Malaysia berhampiran atau bersetentangan  dengan Kelantan, Terengganu dan Pahang mempunyai petroliam dan/atau gas asli mungkin memberi harapan yang baik kepada rakyat dan negeri-negeri tersebut sekiranya petroliam ditemui di luar pantai Malaysia berhampiran negeri-negeri itu.

Sekian, terima kasih.  Wassalam.

Yang ikhlas,

(Tengku Razaleigh Hamzah)

————————–

Translation:

TRH/U/Phb/Kel/18 Bh.9

30 July, 2009

8th Sya’ban, 1430


Y.A.B. Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Chief Minister of Kelantan

Office of the Chief Minister

Block 1, 1st Floor

Kota Darulnaim

15503 Kota Bharu

KELANTAN

Bismillahirrahmanirrahim

Y.A.B. Dato,

KELANTAN STATE’S CLAIM FOR OIL ROYALTIES

My prayers to Allah, s.w.t. for your good health.

Thank you for your letter dated July 15, 2009 and conveyed to me by Y.B. Dato’ Hj. Husam Musa on July 17, 2009.

Malaysia was formed in 1963, in the teeth of armed opposition from a neighbouring country, without our having had time to clarify the demarcation between State and Federal jurisdictions offshore. This discrepancy eventually led the Sarawak State Government to dispute the Federal Government’s jurisdiction over waters offshore of Sarawak in respect of petroleum resources.

In talks between the State Government of Sarawak and the Federal Government, we solved this problem within the framework of the Petroleum Development Act of 1974. I represented the Federal Government in these negotiations. Instead of going by the complicated route of amending the Federal Constitution to demarcate State vs Federal jurisdictions, we applied Section 4 of the Petroleum Development Act to apportion the value of petroleum resources offshore (and onshore) between them. The same agreement was used for Sabah.

The Petroleum Development Act is thus of unusual significance. It makes possible an agreement whereby the State Government first vests irrevocably all its “powers, liberties and privileges” in respect of Petroleum lying onshore or offshore of its territory in PETRONAS. “In return” says a second agreement, PETRONAS “shall make to the Government a cash payment in the form of a yearly sum amounting to 5% of of the value of the petroleum won and saved in Kelantan and sold by Petronas or its agents or contractors.” The late Dato’ Haji Mohamed Bin Nasir  signed on behalf of the State of Kelantan as Menteri Besar and I signed on behalf of PETRONAS as its chairman.

There is no ambiguity at all in this pair of agreements about the demarcation of jurisdictions on or offshore of Malaysia with respect to Petroleum. It is very clear that PETRONAS is bound to these agreements just as the State Government of Kelantan is, and therefore that PETRONAS must pay the Kelantan State Government the cash payment of 5% of the value of petroleum resources extracted from Malaysian waters offshore of Kelantan.

As I recall, in the 1960’s the Federal Government assigned a portion of the offshore area now being exploited by the JDA (Joint Development Authority) to an international oil company. That company returned the concession to the Federal Government after they found that the cost of extraction would exceed the market price of oil at the time.

I sought and obtained the consent of the Prime Minister, the late Tun Abdul Razak, to sign the same agreements under Section 4 of the Petroleum Development Act with each state in Peninsula Malaya for the sake of uniformity under the Act, and with a view to the fact that our East Coast states were less developed and would benefit from receiving these payments.

At the time we already anticipated finding oil and/or natural gas in Malaysian waters offshore of Kelantan, Terengganu and Pahang and looked forward to the benefit that such resources might bring to the people and to these states.

Thank you. Wassalam.

Yours sincerely

(Tengku Razaleigh Hamzah)

___________________________________________________________________________________________________________

Semoga dengan tersiarnya jawapan daripada YM Tengku Razaleigh Hamzah ini, kita semua pastinya dapat memikirkan yang mana intan, yang mana kaca, yang mana celik, yang mana buta. Atas semangat kekitaan, semangat satu Malaysia, hak-hak rakyat Kelantan seharusnya tidak dikesampingkan.

‘Majulah Kelantan Untuk Negara’

Yang benar,

k.a.k.i.k.i.r.i.

 

Kelantan ohhhh Kelantan…. negeriku…. July 12, 2009

Filed under: semasa — kakikiri @ 4:04 pm
Tags:

Artikel ini di’copy-paste’ dari http://kickdefella.wordpress.com ….. untuk maklumat selanjutnya…. sila rujuk laman tersebut….

Oleh Syed Azidi AlBukhary

Pada 16 Mac 2009, sebuah seminar berhubung KDNK mengikut Negeri telah diadakan di Unit Perancang Ekonomi Negeri, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Menerusi bahan-bahan yang dibentangkan satu penemuan menarik telah mengesahkan segala yang sebelum ini sering cuba disembunyikan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Di dalam seminar tersebut, Economic Planning Unit (EPU), Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Statistik Negara memaklumkan angka baru sektor perlombongan di Negeri Kelantan. Ianya sangat signifikan iaitu RM2,615 juta bagi tahun 2006 dan RM2,721 juta bagi tahun 2005. Bagi memudahkan kita, elok sahaja angka itu dibaca sebagai RM2.6 Billion dan RM2.7 Billion. Pada kebiasaannya sumbangan sektor perlombongan kepada KDNK Negeri Kelantan hanyalah 1.5% sahaja iaitu didalam lingkungan RM70 ke RM100 juta sahaja.

Wakil Jabatan Statistik Negara memaklumkan bahawa kesahihan data tersebut adalah berpunca daripada PETRONAS. Didalam erti kata lain, apa yang difahami dari seminar sehari tersebut ialah Petroleum dan Gas Asli telah mula menyumbangkan kepada KDNK Negeri Kelantan dari tahun 2005 lagi.

Pada 9 Mei 1975, Kerajaan Negeri Kelantan telah menandatangani Perjanjian di bawah akta 144 Petroleum Development Act 1974. Perjanjian tersebut yang kebelakangan ini cuba pula dinafikan oleh beberapa pemimpin BN termasuk tokoh BN Kelantan bertajuk, “Grants of Rights, Powers, Liberties and Privileges in respect of Petroleum”.

Section 4 di dalam perjanjian tersebut di baca seperti berikut,

“Section 4. Cash payment by the Corporation.

In return for the ownership and the rights, powers, liberties and privileges vested in it by virtue of this Act, the Corporation shall make to the Government of the Federation and the Government of any relevant State such cash payment as may be agreed between the parties concerned.”

Oleh yang demikian, sekiranya royalti Petroleum dan Gas Asli dibayar kepada Kelantan berdasarkan data EPU Jabatan Perdana Menteri mengikut akta dan perjanjian yang ditandatangi maka Kelantan berhak mendapat royalti 5% daripada hasil pengeluaran.

Oleh yang demikian, royalti yang harus dibayar secara tunai oleh kepada negeri Kelantan pada tahun 2005 ialah sejumlah RM131 juta. Bagi tahun 2006 pula ialah RM136 juta. Data Rasmi bagi tahun-tahun seterusnya belum dikeluarkan. Bagaimanapun, berdasarkan maklumat daripada kenyataan Media PETRONAS, SHELL, CS MUTIARA dan AREMADA HESS menyakinkan bahawa aktiviti carigali dan penggerudian Gas Asli di beberapa blok berhampiran Perairan Kelantan sedang bertambah aktif, bererti jumlah hasil semakin meningkat setiap tahun.

Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia

statistik petroleum JPM

Pada  2004, statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Kelantan diletakkan bersama Sabah dan Terengganu sebagai penyumbang sebanyak 62.5% hasil galian Petroleum di Malaysia.

Ketiga-tiga negeri ini menghasilkan keluaran kasar sebanyak RM46,810,935 ribu (atau RM46 Billion). Sila rujuk buku mukasurat 187, Jadual 5.3 buku jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2004.

Kekeliruan Dalam Isu Petroleum dan GAS Kelantan

Kekeliruan tidak dinafikan tetapi bukan dari soal wujudnya aktiviti perlombongan Petroleum dan Gas tetapi dalam soal hak Negeri Kelantan. Tahun lalu, Menteri Senator Amirsham memberitahu Dewan Rakyat bahawa tiada sumber Petroleum dan Gas di Kelantan.

Kenyataan Mustapha

Kenyataan Media Mustapha Mohamed

Pada 28 Jun 2009, Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, Mustapha Mohamed menafikan bahawa hasil bumi itu adalah hak Kelantan kerana katanya ia adalah di kawasan pertindihan antara Malaysia dan Thailand serta Malaysia dan Vietnam.

Mustapha Tidur Ketika Abdullah Badawi Merasmikan ECER 2007

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang BN, Alwi Che Mat dan Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek lebih positif dan lebih mementingkan hak Kelantan dari bermain politik lantaran bersedia untuk bersama-sama rakyat Kelantan mendapatkan hak tersebut.

Peguam dan ahli politik, Zaid Ibrahim turut sama menyertai usaha mulia ini. Adalah diharapkan, YBM Tengku Razaleigh Hamzah juga akan turut serta.

Memahami Kekeliruan

Perairan Negeri ditakrifkan hanya 3 batu nautikal. Bagaimanapun apabila Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia, kedua-dua negeri tersebut dijanjikan hak bahawa segala hasil petroleum mereka akan terus menjadi milik mereka walaupun telaga minyak mereka jauh ke tengah laut dan ditakrifkan sebagai jatuh kedalam Perairan Malaysia.

Petroleum Act 1

Akta 144

Bagaimanapun dalam usaha untuk mempertahankan kedaulatan hak Malaysia dari terus digerudi dan di sifon oleh syarikat-syarikat petroleum asing dengan pulangan yang sedikit kepada Malaysia, PETRONAS ditubuhkan.

Beberapa buah negeri setelah berdepan dengan pelbagai tekanan akhirnya tunduk dan menandatangi perjanjian dengan PETRONAS dan Kerajaan Malaysia menyerahkan hak mereka dengan PETRONAS dijanjikan akan membayar sebanyak 5% secara tunai dari hasil Petroleum dan Gas Asli terus kepada Negeri-Negeri tersebut.

Petroluem Act section 4

Seksyen 4 Akta 144

Persoalan 3 batu nautikal tidak lagi menjadi isu. Negeri-negeri menyerahkan hak mereka terutama seperti Sabah dan Sarawak. Bagi Kelantan dan terengganu pula, sebelum tubuhnya Persekutuan Tanah Melayu, kedua-dua negeri ini adalah Negeri-Negeri Tidak Bersekutu. Penyertaan ke dalam Persekutuan menyebabkan banyak hak Raja-Raja mereka terlucut. Oleh yang demikian, di dalam banyak hal antara Negeri dan Persekutuan, semangat yang memeterai perjanjian Persekutuan sering diutamakan.

Petroleum Act Agreement

Contoh Draf Perjanjian Yang Ditandatangi Oleh Negeri-Negeri

Atas semangat tersebut, Negeri Terengganu mendapat imbuhan royalti minyak walaupun pelantar minyaknya jauh lebih 161 Kilometer ke tengah Laut China Selatan.

Hak Kelantan

Telaga Minyak Semenjanjung

PM301 dan PM302 dalam Perairan Kelantan, Bersebelahan Dengan JDA (Lihat Juga Blok Minyak Terengganu Yang Lebih Jauh)

Perairan Kelantan tidak dinafikan kaya dengan Gas Asli. Blok PM301 iaitu bermula dari Tumpat hingga ke tengah laut dan blok PM302 yang bersempadan dengan blok PM301 adalah dua blok yang telah diterokai melalui usahasama Petronas Carigali dan Shell. Bukti hasilnya akan di dedahkan di ruangan selepas ini.

Kawasan pertindihan atau di Kenali sebagai Joint Development Area (JDA) Malaysia – Thailand pula adalah kawasan teraktif di Teluk Siam. Aktiviti mengeluarkan gas asli di sini telah mula membuahkan hasil bermula 2 Januari 2005.

Ini adalah salah satu kawasan yang disebut oleh Mustapha Mohamed, seorang rakyat Kelantan sebagai bukan hak Kelantan.

Mustapha Mohamed seorang dayus. Mustapha Mohamed juga buta geografi. Kawasan JDA di mana operasi projek Cakrawala telah bermula sejak 2005 terletak hanya 150 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Ianya terletak 180 dari Pekan Pattani (atau 160 km dari perairannya), 260 km dari Bandar Songkhla dan 310 km dari Pekan Kerteh.

Fakta JDA

JDA Location MAP

Kota Bharu Hanya 150 Km dari JDA

Sehingga hari ini, Mustapha tidak pernah memperjuangkan hak mendaratkan gas asli itu ke Bachok seperti yang dikehendaki oleh Kerajaan Kelantan walaupun ternyata ianya adalah kawasan paling ekonomikal dan strategik.

Pipeline

Paip Menyalurkan Minyak Menerusi Jalan Bahaya dan Jarak yang Amat Jauh

  • Gas Asli dari kawasan JDA di daratkan ke Songhla 110 km lebih jauh dari Kota Bharu, bandar terdekat.
  • Gas Asli itu mahu disalurkan menggunakan paip ke Gurun Kedah dari Songhkla menerusi laluan konflik di wilayah bergolak di Selatan Thai.
  • Perjanjian penerokaan dengan Thailand adalah berdasarkan 50:50.
  • Hak Malaysia di hantar dulu ke Songhkla mengapa tidak terus ke Malaysia?

Apa yang dinamakan JDA ialah

  • Kawasan seluas 7,250 km persegi dengan bandar terdekat ialah Kota Bharu Kelantan.
  • Tenaga kerja di kawasan JDA berkumpul di Kota Bharu dan dihantar dengan helikopter ke JDA kerana ia paling ekonomikal.
  • Berdasarkan data penghujung 2007, dianggarkan kawasan JDA menpunyai reserve gas asli sebanyak 8.5 trillion standard cubic feet.
  • Lebih 20 zon gas asli telah ditemui.
  • Produksi gas asli telah bermula pada 2 Januari 2005 di zon Cakrawala.

Pada 3 Mei 2005, Kastam Thailand telah mengeluarkan kenyataan berikut,

“The Joint Development Area is 260 kilometers far from Songkhla Province, where gas, oil, and condensate are located. The gas production in the JDA has been commenced since 2 January 2005 and the approximate profit to Thailand at the first stage will be of 45,000 million baht.”

Untuk maklumat lanjut tentang hasil yang diperoleh oleh Thailand, pembaca boleh hubungi Public Relations Sub- Division Tel.02-671-7077 ,02-249-9017.

Offshore Magazine

Petikan Berita Dalam Majalah Offshore

Jika Thailand memperolehi bahagiannya sebanyak 45 billion Baht dari satu zon di JDA, bererti Malaysia juga memperolehi jumlah yang sama atau lebih kurang RM4.5 Billion.

Hess Statement 1

Kenyataan Media Hess

Blok eksplorasi di JDA adalah seperti berikut,

  • A18 – Kontraktor ialah PETRONAS Carigali JDA Ltd (50%) dan Hess Oil Company of Thailand (JDA) Ltd (49.5%), Hess Oil Company of Thailand Inc. (0.5%). Operator ialah Carigali Hess Operating Company Sdn Bhd.
  • B17 (termasuk B17-1) dan C19 – Kontraktor ialah PTTEP International Limited (50%) dan PETRONAS Carigali JDA Ltd (50%). Operator Carigali PTTEP Operating Company Sdn Bhd.

Petronas Statement JDA 1

Kenyataan Media PETRONAS

Pengeluaran bagi kawasan JDA adalah seperti berikut,

  • Blok A18 ( 9 zon) – Cakrawala, Bulan, Suriya, Bumi, Bumi East, Senja, Samudra, Wira dan Samudra North.
  • Blok B17 (9 zon) – Muda, Tapi, Jengka, Amarit, Mali, Jengka South, Jengka West, Jengka East dan Muda South.
  • B17-01 (3 zon) – Tanjung, Jinda dan Andalas.

Komplex utama terletak di Blok A18 bernama Cakrawala Production Complex. Siap pada 2002 dan mengeluarkan hasil menerusi 19 telaganya mulai 2 Januari 2005.

Blok B-17 dijangkakan akan mengeluarkan hasil pada Oktober 2009.

Mengapa Kelantan Tidak Mendapat Imbuhan?

DSC_0371

Anak tempatan Hanya Berputih Mata Kalau Kita Tidak Sanggup berputih Tulang – Foto Ehsan LanJan

Malaysia menerusi PETRONAS memperolehi 50% dari hasil penemuan di JDA yang begitu dekat dengan Kota Bharu sehinggakan pemancing tempatan pun boleh pergi ke pelantar tersebut.

Terengganu

Telaga Minyak Terengganu 166 KM Pun Dihantar Balik Ke Terengganu

JDA lebih dekat dengan Kota Bharu berbanding telaga minyak di Terengganu dan jaraknya dengan Kerteh.

Hujah mengatakan Kelantan tidak berhak kerana ia terletak di kawasan bertindih adalah begitu mentah sekali kerana,

  • Kawasan itu dituntut sebagai hak Malaysia kerana Kelantan adalah sebahagian dari Malaysia,
  • Malaysia memperolehi 50% dari hasil di situ kerana Kelantan adalah sebahagian dari Malaysia.

Oleh yang demikian, ia menunjukkan pentingnya Kelantan didalam penyelesaian dan hak Malaysia ke atas JDA.

Jika Kelantan adalah sebahagian dari Thailand atau sebuah wilayah bebas, tentu sekali Malaysia tidak ada hak langsung ke atas hasil bumi dan lautan di situ.

Sempadan perairan Malaysia disitu dipengaruhi oleh kewujudan Kelantan sebagai sebuah wilayah di dalam Malaysia.

Kelantan bukan sebuah negeri yang dijajah atau dirampas oleh Malaysia atau Persekutuan Tanah Melayu. Sejarah membuktikan bahawa Kelantan pernah berada dibawah pengaruh Siam, Jepun dan Inggeris. Sewaktu dibawah pengaruh Inggeris, Kelantan diiktiraf mempunyai sebuah Kerajaan Berdaulat diketuai oleh baginda Sultannya. Inggeris mengklasifikasikan Kelantan sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu.

Penyertaan Kelantan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu adalah atas semangat Persekutuan bukan dengan rasa dijajah. Sultan Kelantan terus dijamin hak kekuasaannya dibawah semangat Persekutuan dan juga berdasarkan haknya sewaktu menjadi Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Kelantan menyertai Persekutuan Tanah Melayu atas dasar penyatuan. Bersatu turut bererti berkongsi. Kedayusan yang ada pada Mustapha Mohamed harus tidak mempengaruhi rakyat Kelantan dalam mempertahankan hak mereka.

(Bersambung kelak – Analisa PM301 dan PM302 hak Kelantan menjelang 2011 dan 2012).

DSC_0379

Janganlah Kita Jadi dayus Macam Mustapha Mohamed – Foto Ehsan LanJan

*******************************************************************************************************************************

fikir-fikir dan nantilah jawapannya dari PETRONAS atau kerajaan…… sekadar mencambahkan minda….. betul atau tidak…. fikir sendiri….