kakikiri’s weblog

kisah yang tersebut dan terkisah daripada wajah-wajah yang resah dan ambil kisah….

s a t u l a n g k a h . . . . . . @ k a k i k i r i April 13, 2008

Filed under: semasa — kakikiri @ 10:39 pm
Tags:

Bukan kerana ‘trend’ ramai orang mempunyai blog, maka saya pun ikut sama, tapi lebih kepada menulis apa yang terpahat di hati, yang lahir dari penelitian diri dan duniawi, lantas menghargai hidup ini untuk dikongsi semua makhluk Ilahi, kenapa …. untuk mendekatkan diri pada yang Esa, Allahu Rabbi…. sebelum menjengah alam ukhrawi.

Topik pertama sebagai pemula langkah coretan di kakikiri – saya pun tidak pasti kenapa Melayu mengaitkan kaki kiri sebagai nasib yang malang walhal semasa melangkah dengan kaki kiri, tangan kanan yang terhulur kehadapan. Kaki kiri tidak bermakna saya ‘berhaluan kiri’, golongan ‘anti-establishment’ dan yang sewaktu dengannya. Kaki kiri ini amat penting untuk mereka yang bukan kidal…..kenapa? Kerana bukankah untuk menumbuk dengan penumbuk di tangan kanan memerlukan kekuda yang kuat di kaki kiri sebelum menghayun sebijik penumbuk itu….. jadi, usah ditanya kenapa saya memilih kaki kiri sebagai nama blogku ini, kerana kaki kiri ada penangannya yang tersendiri.

(moga kita semua tidak termasuk golongan yang mengambil buku amalan dengan tangan kiri di akhirat nanti)

Untuk pelawat, pembaca yang mengenali diriku atau sebaliknya, kawan, belum kawan – kakikiri bakal menjadi wasilah untuk saya coretkan pengalaman berada di bumi asing bermula dari tahun akhirku di menara gading, seterusnya hinggalah ke hari ini. Mungkin disisipkan jua kisah-kisah semasa ‘baby face’.

Manifa, Saudi Arabia (14-Apr-2008)

 

One Response to “s a t u l a n g k a h . . . . . . @ k a k i k i r i”

  1. beribiru Says:

    (…dan moga kita semua ingat2 langkah ke toilet dengan kaki kiri~) 8)


Leave a Reply