Ayah Lah Lubok Tapah in Memory (20-Mac-2008)

Selesai urusan peribadi yang pertama dalam hidup (hanya keluarga terdekat sahaja yang tahu – tak perlulah dihebohkan di sini) pada petang 19-Mac-2008, saya sendirian memandu, meluncur laju dengan Gen-2 ke Kuantan, Pahang untuk menemui isteri tercinta. Malang sungguh nasib Fae kerana suaminya tidak sempat duduk lama di rumah. Kepulangan saya dari Saudi sebelum pilihan raya umum amat wajar disyukuri, setelah halangan yang bermacam-macam sebelumnya, di samping Ayah Mad yang bertanding bagi DUN Tendong untuk pertama kali, Sa’eidah yang mengundi buat pertama kali juga dapat pulang – sokongan orang muda.

Memandu sendirian bukanlah tidak biasa untuk saya. Namun, pemanduan kali ini mungkin merupakan rekod buat saya. Tak sabar-sabar untuk menemui isteri tercinta. Tengah malam di Kuantan, saya menerima panggilan dari sepupu mengatakan Ayah Lah kelihatannya lain dari kebiasaannya. Justeru, sanak-saudara yang terdekat diminta untuk datang melawat. Saya yang masih keletihan di Kuantan memaklumkan kepada Ma di kampung. Seawal pagi jam 7:00, Ma menelefon mengkhabarkan pemergian Ayah Lah menemui Allah Rabbul Jalil.

‘Flight’ ke KL dari Kota Bharu pada jam 7:30 malam, dan saya bertolak dari Kuantan pada jam 12:30 petang. Khabarnya jenazah Allahyarham Ayah Lah akan disolat dan disempurnakan pengebumiannya pada jam 5:00 petang 20-Mac-2008. Sekali lagi saya terkejar dengan pemanduan dari Kuantan ke Lubuk Tapah untuk memberikan penghormatan terakhir buat Ayah Lah. Kali terakhir bertemu Ayah Lah ialah ketika saya pulang sebelum ini (selepas Ayah Lah keluar dari hospital). Pedulikan ‘speed-track’, dengan hati-hati saya meluncur laju ke Lubuk Tapah. Jam 4:30 petang saya sudah berada di atas rumah Ayah Lah. Sempat jua melihat wajah kudus Ayah Lah untuk kali yang terakhir.

Suasana Depan Rumah Ayah Lah

Oramg Ramai Selepas Solat jenazah Ayah Lah.

Selesai solat jenazah yang turut dihadiri oleh YM Tengku Mahkota Kelantan, saya bergegas pulang ke rumah. Mujurlah kereta sudahpun di’parking’ di luar kesibukan orang ramai yang berpusu-pusu datang dari seluruh Kelantan untuk memberikan penghormatan yang terakhir untuk seorang ulamak, Tuan Guru Hj Abdullah bin Hj Abdul Rahman. Al-Fatihah untuk datuk saudaraku yang sebelum daku berlepas ke Iran empat tahun dulu (pertama kali bermusafir ke luar negara), telah memberikan sesuatu sebagai hadiah untukku.

Insya-Allah, patah tumbuh seorang ulamak akan berganti. Rantaian pewaris nabi akan tetap tersambung. Semoga kita semua menjadi penyubur dakwah, khalifah dan pendokongnya.

Jam 6:oo petang saya bertolak ke lapangan terbang untukmemulakan musafir kelana mencari rezeki di negeri orang. Secara kebetulan, perjalanan kali ini menemukan saya dengan Ustaz Nik Abduh dan rakan-rakannya (Ustaz Zaharuddin dan Ustaz Azhar) dari Dewan Pemuda PAS yang mengambil penerbangan yang sama. Beliau dalam perjalanan ke UK untuk menghadiri program harakiah di sana. Moga-moga kita semua dalam rahmat dan inayah dari-Nya. Ameen

KB-KL-DXB-BHR via causeway to Saudi Arabia …… pasca pilihan raya di Malaysia memberikan makna buat kepulanganku ke Malaysia walaupun singkat, namun ada hikmahnya. Buat Fae, inilah pengorbanan dan dugaan kita yang masih tidak seberapa berbanding kisah cinta dan pengorbanan Nabi dan Khadijah, serta Zainab dengan suaminya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: