Satu Gambar, Satu Cerita, Namun Sungguh Bermakna…..

Menunggu Bas Di Arafah

Seorang bapak sedang menunggu bas untuk ke Muzdalifah dari Arafah. Puluhan ribu manusia samaada yang berjalan kaki mahupun berkenderaan berpusu-pusu dengan tujuan yang satu – keredhaan Allah SWT dan semoga ibadat haji diterima.(kakikiri/Arafah/Disember2007)

Gambar di atas menceritakan keadaan di Arafah. Kenapa saya memilih gambar ini? Okay, mari kita kaji dan teliti dengan lebih mendalam.

  1. Bas buruk (typical American School Bus) yang tidak ada ‘air-cond’ vs. new SUV (new GM SUV). Kita bercakap tentang ‘boycott’ namun sedar atau tidak kita masih bergantung kepada produk-produk dari teknologi yang tidak kita kuasai.
  2. Insan berhimpit-himpit duduk di atas bumbung bas (kerangka besi yang keras) vs. kerusi empuk di dalam SUV. Terpulang kepada kita untuk memilih yang mana yang kita mahu, namun jangan dilupa, yang selesa janganlah sombong, bantulah orang yang tidak selesa itu. Yang tidak selesa janganlah dengki, Allah Maha Adil, rezeki kita adalah dari apa yang kita usaha. Rezeki tidak datang bergolek, tidak turun dari langit biru dengan kita bergoyang kaki mendengar lagu yang syahdu.
  3. Yang berkenderaan vs. yang berjalan kaki. Tidak ada kesalahan untuk berjalan atau berkenderaan, namun bersederhanalah dalam semua segi dan sedarlah kemampuan kita. Syukurlah dengan apa yang ada.
  4. Seorang pakcik mengendong beg, melihat kiri dan kanan, atas dan bawah, menanti bas bergerak. Mungkin di dalam hatinya berkata, “Erm, kereta baru ker, mahal ker, besar manapun tapi sama jugak. Balik-balik terlekat jugak kat tengah jalan”. Matlamat tidak menghalalkan cara. Jadi, pilihlah cara atau alat yang terbaik, tepat pada masa dan ketika.
  5. Ini adalah satu acara tahunan keagamaan. Namun, perhatikan sampah-sarap yang bertaburan di atas, di tepi jalan dan di mana jua anda berada. Semuanya tahu, Islam memandang berat tentang amalan kebersihan, namun sejauh mana penghayatan kita. Ramai daripada kita lebih melihat kepada ritual wajib (seperti rukuk dan sujud dalam solat atau pun tawaf semasa haji ), namun mengabaikan konsep dan prinsip asas yang terkandung, tersirat di sebaliknya.

Setelah hampir berjam-jam lamanya menunggu bas bergerak, namun tidak ada tanda-tanda kenderaan di depan akan bergerak, saya dan sahabat-sahabat ketika itu mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja dari Arafah ke Muzdalifah melalui Masjid Namirah. Dan sememangnya keputusan tersebut amatlah tepat dan saya amat bersyukur kepada Ilahi kerana dipermudahkan seluruh perjalanan dan membuka minda ini untuk melihat Islam dari pandangan yang berbeza.

Kesimpulan yang boleh diambil, lihatlah Islam itu melalui prinsip dan ajarannya – kaji dan ketahuilah. Namun, janganlah melihat Islam itu melalui orang-orang yang mengaku Islam tapi hanyalah retorik dalam berkata-kata sahaja. Keseimbangan amalan ritual dan prinsip itulah yang perlu kita perhatikan. Ilmu tak akan berguna jika tidak diamalkan.

1 Response so far »

  1. 1

    teman said,

    look at ourself , mirror ourself then think….syahdu….


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: