p o l i t i k . . . . kita bodoh atau mereka diperbodoh?

“Anwar mungkin akan ditangkap polis” , ” Anwar Berlindung di Kedutaan Turki” , dan banyak lagi tajuk-tajuk berita, laman blog dan sebagainya. Politik malaysia kembali berombak dan awan hitam yang kelihatan menghampiri pantai pasti membawa seribu kemungkinan. Adakah hujan gerimis, tengkujuh, taufan tidaklah kita ketahui di sebalik awan hitam tersebut. Menurut laporan akhbar, Pembantu Khas DSAI (PA) atau menurut Din Merican ‘budak buat kopi’ Saiful Bukhari Azlan, 23 telah membuat laporan polis mendakwa beliau telah diliwat oleh DSAI. Terkenang kembali suasana politik Malaysia diambang tahun 1998, plot yang sama tapi pencetusnya mungkin berlainan.

Tahun 1998 merupakan tahun peperiksaan SPM, isu IMF, kegawatan ekonomi, nilai RM yang jatuh merudum, jumlah pelajar ke luar negara dihadkan dan 1999 saya melangkah ke kampus UTP di Tronoh dalam suasana reformasi yang masih segar, ditambah lagi dengan status anakanda DSAI yang merupakan salah seorang warga kampus UTP, Tronoh. Kumpulan pelajar, aktiviti pelajar dan sebagainya dikatakan diawasi oleh SB-SB yang berlindung di balik bayangan-bayangan ciptaan sendiri. Banyak cerita yang saya dengar namun yang pasti Nurul Izzah jarang berada di kampus kerana banyak berada di Lembah Klang memberi sokongan moral di mahkamah yang mendengar kes ‘angkut turun tilam’, ujian DNA, saksi itu, saksi ini yang mendorong kepada pemecatan DSAI sebagai Timbalan Perdana Menteri pada masa itu.

Semua ini memberikan satu wacana dan pemerhatian baru bagi saya tentang dunia politik semasa di Malaysia. Ada orang bercakap tanpa hisab, menghembur kata-kata picisan seperti, “Politik itu kotor, aku tak mahu terlibat dalam politik”, ” Politik lain, agama lain….. mana boleh orang agama main politik”, dan yang paling mengecewakan ada juga yang cetek fikiran mengatakan zaman Nabi dulu mana ada parti-parti, mana ada peti undi…..semua ini karut- marut, bidaah….. dan sebagainya. Namun ketahuilah, selagi kita hidup sebagai manusia, selagi itulah politik mempengaruhi secara langsung atau tidak langsung kehidupan kita. Islam adalah cara hidup, bukan sekadar agama semata-mata, dan siasah atau politik adalah sebahagian dari apa yang perlu diislamisasikan. Paling penting, jangan sampai agama dipolitikkan. Sebagai orang muda, peneraju zaman mendatang, kesedaran politik atau dalam bahasa mudah ambil tahu keadaan semasa dan kesannya, amat penting. Kalaulah remaja-remaja sekarang terus dilalikan, dikhayalkan dengan angan-angan hiburan, filem yang mempersona dan sebagainya, kita semua akan hilang kuasa politik. Soalan yang bagus, bagaimana politik boleh mempegaruhi kehidupan kita?

Contoh yang mudah, yang berlaku baru-baru ini semasa Majlis Perbandaran Seberang Perai bersidang, seorang ahli majlis MPSP Teoh Seang Hooi bangkit mencadangkan agar papan-papan tanda di jalan-jalan utama dalam kawasan PBT berkenaan menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil selain bahasa Melayu. Alasannya bagi memberi kemudahan kepada para pelancong khususnya dari China yang ramai berkunjung ke negeri ini (Pulau Pinang). Kalaulah kuasa politik orang yang meng’selatan’kan hal ini cukup, nah, kita akan lihat papan tanda jalan lagi besar dari jalan (papan tanda raya di jalan raya) kerana terpaksa menampung semua bahasa-bahasa selain Bahasa Kebangsaan. Dalam isu ini, kekadang saya tertarik dengan apa yang berlaku di negara jiran kita Indonesia, masyarakatnya berbahasa Indonesia sama ada yang lelohornya kelahiran sini atau kelahiran sana, semuanya sama aja pak….. dan yang pasti, ‘my Indonesian Chinese friend can’t speak kantonis or mandarin. Namanya pun Muliyanto Halim, Buddhist lagi. What the heck!’

Lagi bidalan semasa, kenaikan harga minyak. Adakah politik memainkan peranan? Fikir-fikirkan. Bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik, siapa yang merubah, ahli akademik atau ahli politik? Sungguh, dalam isu ini saya amat marah dengan ahli politik. Pendidikan samalah dengan agama, samalah dengan air perigi kat rumah, jangan dipolitikkan sebab semua ini adalah keperluan yang menjadi paksi hidup seorang manusia untuk memacu perkembangan diri dan seterusnya negara!

Teringat saya semasa hari pengenalan calon MPPUTP zaman-zaman ‘student’ dulu, saya api-apikan HEP kerana tidak menggunakan peluang pilihan raya kampus untuk melatih pelajar cara-cara mengundi sebagaimana pengundian di luar kampus. Sepatutnya, semua tatacara, undang-undang mestilah sepadan atau lebih kurang yang diamalkan SPR, Malaysia supaya pelajar lebih terdedah kepada sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia walaupun sebenarnya masih tempang seperti yang tercatat dalam siri-siri pilihanraya terdahulu dibandingkan sistem yang diamalkan di Indonesia, dan negara-negara maju. merah muka pegawai HEP yang menjadi pemerhati ketika itu. Ahli politik mesti pandai mencari isu.😉 Namun, di sesi soal jawab, isu itu ‘makan diri’ tatkala ada seorang pelajar (saya masih ingat nama dan wajahnya) tampil menghentam HEP dengan keras dan meminta saya menjelaskan hal tersebut. Di sinilah saya sedar, ‘politician must be good in diverting the issue’. Ahli politik selalunya pandai membawa isu, mengolah isu serta pandai jua mengubah isu. Soalan yang menghala kepada jawapan ‘ya’ atau ‘tidak’ perlulah pandai untuk dijawab. Saya menjelaskan kepada pelajar terbabit, hidup kita di universiti seolah-olah kita menaiki bas ekspress dari KL ke Kuala Perlis. Sebagai contoh, naik bas Transnasional atau Kumpulan itu ini, yang kat depan bas terselit moto atau visi, “To produce well-rounded student, bla, bla, bla”. Jadi, kita pun naiklah bas tersebut, di tengah perjalanan, kita perasan sampah-sarap tetiba keluar dari bahagian belakang, tikus, lipas pun ada. Jadi kita pun cakaplah kat pemandu bas, “Kenapa begini, kat depan bas cakap pasal well-rounded, etc?” Jadi, jawab driver bas, “Kalau you tak setuju you boleh turun kat sini, Ipoh 50 km lagi, kalau you tak sedap nak tengok, tidor jerlah….” Jadi apa yang perlu kita buat? Kita nak pi Kuala Perlis, duit pula tak cukup nak naik teksi….. ikut ajerlah…. atau kalau kita ada kesedaran, kita cakap sama penumpang lain, kita buat buat bantahan, buat demo, suruh driver bas tukaq bas, atau bayar balik duit tiket, atau kita ramai-ramai cuci bas, atau kita suruh driver bas turun, kita plak yang jadi driver bas…….”. Lepas tu saya suruh pelajar tadi buat pilihan dan saya pun suruhlah dia buat perbandingan dalam kes yang dia marah-marahkan. Tersenyap dia😉

Jadi, kesimpulannya, janganlah kita menjadi mereka yang diperbodohkan. Politik tidak salah. Kesedaran politik perlu. Ambil tahu dan bercakap pasal politik mesti, amal ibadat jangan ditinggal, janganlah menyokong ahli politik yang hanya pandai bercakap. Kita semua adalah ejen perubahan. Bila dan di mana? Hanya Allah yang menentukan, tetapi kita perlulah berusaha – Ke Arah Malaysia Yang ‘Bersih’. It is not a matter of being a politician but it is a matter of how far we are involving in the politic and what principles we are applying and the value that we keep with us. Adios <—-ala-ala blog YB Zulkifli Noordinla plak😉

1 Response so far »

  1. 1

    oneadda said,

    hmm.interestin’ stories n opinions.bravo!!


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: