Satira Proton Saga – 9 Julai 2008

Tarikh 9 Julai 2008 merupakan ulangtahun ke-23 Proton semenjak pengeluaran kereta pertamanya pada tahun 1985 di Shah Alam. 23 tahun merupakan satu usia yang bukan baru dan semestinya banyak pencapaian atau kelebihan yang sepatutnya terserlah di usia yang boleh dikira matang. Pelbagai isu, sanjungan, pujian serta cemuhan yang dikaitkan dengan Proton pastinya tidak lari dari tatapan dan pengetahuan kita semua yang kebanyakannya pengguna setia kereta yang kononnya ‘kereta kebangsaan’ ini.

Mengenali Proton dari aspek pengguna semata-mata adalah tidak adil bagi kita untuk menghentam dan mengungkilkan seribu kata. Meneliti sejarah, maksud, dan objektif di sebalik penubuhan Proton ini perlulah dikaji dan diteliti. Dan sepertimana yang kita tahu, Proton tidak boleh lari dari imej mantan Perdana Menteri Malaysia, TDM yang merupakan orang kuat nombor satu di sebalik projek mega yang dipertikaikan pada tahun 80-an ini di samping Projek Jambatan Pulau Pinang yang tidak kurang panasnya pada masa itu. Lihat di http://www.1985saga.blogspot.com untuk tatapan lanjut.

Saya dibesarkan di daerah pedalaman Kelantan – Jeli dan sekitar tahun 80-an, zaman kanak-kanak saya penuh dengan cerita-cerita masuk hutan, memikat burung (burung Merbah Kuning, Mata Merah dan lain-lain), mandi sungai sambil menagkap ikan, dan sebagainya. Di satu ketika, masyarakat di pedalaman akan mengenali seseorang dengan sesuatu yang ada kaitan rapat dengannya. Sebagai contoh, Abdullah yang bekerja sebagai pembajak lebih dikenali sebagai ‘Doloh Kheto Galo’ (Dollah Kereta Pembajak). Dan masih ingat lagi saya kepada seorang usahawan kedai runcit di bandar Jeli yang merupakan orang pertama yang menggunakan kereta Proton Saga di sana. Dan kini kalau anda melalui Lebuhraya Timur Barat, Stesyen PETRONAS di simpang ke bandar Jeli merupakan milik lelaki ini. Jadi, hamba Allah ini dikenali sebagai pemilik kereta Proton yang pertama di kawasannya dan secara tidak langsung menarik pelanggan ke kedai runcitnya.

Golongan rakyat biasa seperti kita semua amatlah rapat dengan Proton lantaran dasar-dasar kerajaan yang mengawal harga kereta-kereta import, lantas harga sesebuah model Proton adalah yang terendah di pasaran tempatan. Saya mengenali Proton hanyalah sebagai pengguna sehinggalah pada tahun 2000, pengalaman menjejakkan kaki ke kilang Proton di Shah Alam mengubah pemikiran saya. Kenapa dan bagaimana saya ke sana merupakan satu pengalaman yang amat bermakna.

TEC 2000 ( Techology, Economy and Career) yang merupakan yang pertama kali dianjurkan di UTP. Kami merupakan komiti penganjur yang pertama dan PETRONAS dan UTP tidak mahu menanggung kos-kos penganjuran. Jadi, sebagai komiti, perlulah kami bergerak sendiri untuk mencari ‘sponsor’ dari kalangan korporat-korporat. Usaha kami menghubungi pihak Proton mendapat maklum balas yang positif. Tatkala itu, PETRONAS mempunyai ‘share’ di Proton jadi mudahlah usaha kali untuk masuk mencari sedikit ‘buah tangan’. Perjalanan ke sana boleh dikatakan amat mencabar dan ‘adventurous’. Kami pihak-pihak komiti (ad-hoc committee) berkampung di UTP (hostel lama) semasa cuti semester untuk menguruskan semua urusan untuk TEC2000. Sebagai wakil media (MEDTECH) yang terlibat dari segi perjalanan majlis, buku cenderahati dan acara-acara dewan, kami tidaklah terlibat secara langsung dalam mencari ‘sponsor’. Namun, tugas saya sebagai salah seorang ‘ad-hoc committe’ adalah sebaliknya. Kami (Jada, Tok, Adi dan Ba’ei) ke KL dengan bas. Satu ‘laptop’ dan satu ‘projector’ dibawa bersama untuk sesi ‘presentation’ dengan HR Manager Proton. Kami tiba di Hentian Pudu dan menginap di hotel ‘Ah Chong’ (hotel murah, tak ada duit lagi) di sana. Besoknya, kami ke Shah Alam menaiki komuter dengan semangat berkobar-kobar. Pakai kot, sambil mengusung laptop dan projector😉.Kami turun di Stesyen Komuter yang dah lupa dah nama dia, dan seterusnya menunngu Kak Emi (penasihat MPP pada tahun tersebut). Dah lama menunggu, rupa-rupanya Kak Emi dah terlepas ke stesyen yang lain dan tak mahu pusing balik. Kenalah kami yang kepanasan menunggu berjalan kaki menapak ke sana. Dahla tak tahu kat mana ‘latitude’, ‘longitude’ kat mana bumi yang dituju, tanya orang dan telefon jadi penunjuk arah.😉

Sesampai di pejabat Proton, kami disambut oleh Encik X dan Encik Y (dah lupa dah nama dia) dan dibawa ke bilik tayangan untuk sesi pengenalan ‘video korporat’ Proton. Seterusnya kami pula yang mengenalkan mereka kepada TEC, jenis dan pakej tajaan serta nilai yang ditawarkan kepada penaja. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan kami mendapat jaminan untuk penajaan program. Makan tengahari, kami dibawa ke sebuah restoran yang agak menarik dan bebas memilih apa sahaja menu yang disediakan. Encik Y menerangkan tentang salah satu bentuk interview yang dilakukan oleh mereka iaitu membawa calon-calon ke restoran besar dan melihat aksi dan respons calon dari segi kelakuan dan menu yang dipesan. Erm, menarik juga orang-orang korporat ni. Seterusnya selepas selesai menjamu selera, kami kembali ke kilang Proton dan dibawa melawat ke setiap bahagian daripada tiada apa-apa (design) kepada produl akhir. Banyak perkara dan ilmu yang kami peroleh dari lawatan ini. Tetiba berminat untuk ‘internship’ dengan Proton, maklumlah nak bergelar ‘student’ Mekanikal – Automotif.

Sepanjang berada di sana, kami didedahkan dengan misi dan visi Proton, kejayaan Proton di Malaysia dan di luar negara, LOTUS Engineering dan banyak lagi. Di sinilah rasa bangga kepada Proton sebagai kereta nasional terbit dan berbuah. Kejayaan untuk tidak bergantung sepenuhnya kepada enjin Mitsubishi dan beralih kepada enjin CamPro amatlah membanggakan dan bukan mudah untuk dilakukan tanpa kerja keras setiap mereka yang terlibat.

Di bawah ini merupakan coretan (copy and paste) daripada webpage http://rockybru.blogspot.com/ (credit untuk rockybru):

Proton is 23 today. Once the pride of Malaysians, especially those in the lower income bracket, our national car has today become an embarrassment and, to some, an obstacle.

But in the 90s, Sagas were hitting foreign streets from Singapore to London, and there was even a time when left-hand drive Malaysian-made cars were being considered for the US.

My first Proton was a brand new Saga hatchback. I traded in my 7th-hand RX-7 for the brand new Proton. Sold it off for the more spacious and sporty Aeroback in 93. When NST, in a bid to tighten its belt, offered to sell its company cars to the senior executives driving them, I decided to buy the Perdana. The Aeroback and the Perdana are still serving us faithfully to this day.

Proton’s charge on the world auto arena peaked when it bought MV Agusta, the Italian bike maker (after having acquired the Lotus earlier). It was planning to manufacture one of the cheapest cars in the world using bike engines.

And then Mr Badawi took over as Prime Minister ….

Anyway, Happy Birthday Proton. The company’s pioneers are celebrating at Kelab Shah Alam at 8.30 tonight. There’s a blog for the pioneers, here.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: