Lapan Haribulan Lapan Tahun Dua Ribu Lapan.

Topik hangat tanggal 08-08-08 (Lapan haribulan lapan, tahun dua ribu lapan). Cikgu Wan Rahim aka Cikgu ‘Where’telah bersara setelah hampir 3 dekad menabur bakti, berjasa kepada nusa sebagai guru di sekolah rendah. Sedar tidak sedar, akhirnya ‘Wan'(panggilan kami anak-anak) kepadanya sebulat hati, tekad untuk bersara pada tahun ini walaupun keputusan baru kerajaan untuk menaikkan umur persaraan wajib kakitangan kerajaan memberi peluang kepadanya untuk terus berkhidmat. Kenapa? Hanya diri ‘Wan’ yang tahu.

Pastinya banyak kisah suka duka yang ditempuh ‘Wan’ sepanjang bergelar cikgu dan secara langsung mahupun tidak, anak-anaknya turut terkesan. Ketika kecil, saya masih ingat lagi dan masih segar diingatan, degil untuk mengikut ‘Wan’ ke sekolah selepas waktu sekolah. Tika itu, kami sekeluarga di Kg Bukit Lakota dan Wan mengajar di SK Jeli, nun jauh di hulu Kelantan, di awal tahun 1980-an. Kak Mah sempat ke TADIKA Bukit Lakota dan seterusnya ke Darjah 1 di SK Jeli. Kalau sebelumnya, ada teman berbalah di rumah, namun selepas Kak Mah masuk sekolah rendah, sayalah yang menjadi teman Ma di rumah. Masih tergambar kenangan mengikut Ma mencari kayu api, maklumla, duduk di kampung, dapur gas mana ada lagi waktu tu.
Paling mewah pun, dapur minyak kerosen. Gaji guru sekolah rendah, berapalah sangat namun satu fakta yang amat penting, Wan tak pernah berhutang dengan bank untuk menyiapkan rumah yang kami gunakan sekarang!

Hidup di pedalaman, mengikut Wan yang ditugaskan mengajar, bersosial dengan kanak-kanak di sana, masuk hutan keluar hutan, berseluar tanpa baju, main sungai, aduhai….itulah pengalaman yang amat berharga.

Tahun 1987, Wan ditukarkan ke SK Bukit Gading, dan saya ketika itu sudah berumur 6 tahun dan bersemangat untuk ke sekolah TADIKA buat pertama kali. Kami mulanya menyewa di rumah kedai di hadapan sekolah, namun selepas itu, dek ada kekosongan di kuarters guru, kami sekeluarga berpindah ke dalam kawasan sekolah. Waktu rehat boleh balik ke rumah, tukar baju untuk PJ pun boleh balik ke rumah. Dan satu lagi fakta, saya tak pernah ke TADIKA!!! Lantaran jauh dari TADIKA, Wan menyekolahkan saya menumpang di Darjah 1 SK Bukit Gading ketika berumur 6 tahun dan tahun seterusnya masih lagi di Darjah 1 tetapi berlainan wajah penghuni. Kawan-kawan yang lain dah naik ke Darjah 2 tapi saya masih lagi kekal untuk Darjah 1 pusingan yang ke-2.😉

Menjadi anak cikgu bukanlah mudah terutama untuk saya yang amat aktif ini. Hehehehe. Jadi kalau bising di kelas, cikgu akan cakap, ‘Halim, kalau buat bising lagi, cikgu akan cakap kat ayah awak….’ huhuhuhu…. ayat itu sajerlah yang menyenyapkan saya.

1988, Wan ditukarkan pula ke SK Gemang, Ayer Lanas, Jeli, Kelantan sebab kenaikan pangkat. Zaman Silverhawk, Meero Attack, Oshin di TV3 berubah wajah. Ke Jeli sekali lagi maksudnya dari elektrik 24 jam ke elektrik 12 jam, dari antena Tv kat dalam rumah ke antena segalah buluh yang belum tentu dapat lihat Gaban dan Kesatria Baja Hitam di kaca TV. Aduhai, itulah zaman kanak-kanakku. Masuk ke Darjah 1 penggal ke dua di sekolah baru bukanlah sesuatu yang mudah bagi kanak-kanak kecil. Apatah lagi, hari pertama masuk kelas dah ada rakan sekelas yang ajak bergaduh. Wan masuk sekali sekala kat dalam kelas untuk berjumpa cikgu atau tugasnya sebagai Guru Penolong Kanan. Masuk darjah 3, Wan mengajar Matematik dan saya pula dilantik menjadi ketua darjah. Apa yang difikir-fikirkan sebelum ini menjadi realiti. Cikgu masuk, Ketua Darjah mesti minta murid-murid bangun dan bagi salam, ‘Assalamualaikum Cikgu’ atau ‘Assalamualaikum Wan’…hehehehe. Wan tidak pernah memberi layanan yang istimewa, semua murid-muridnya adalah sama. Anak sendiripun kalau salah perlu dihukum. Dan saya sendiri pernah kena berdiri atas meja dan kena pukul sebab tak bawa lidi untuk mengira. Lepas kena pukul dengan pembaris meter warna kuning, barulah jumpa lidi yang dah lama ada dalam beg. Ish, free2 jer buat malu ayah sendiri…..

Namun, itulah yang menjadi sejarah kepada saya. Wan lah sebenarnya yang menjadi cikgu yang mengajar dan mengenalkan saya dengan pengetahuan awal Matematik dan juga subjek Alam dan Manusia. Tiap-tiap tahun, Wan pasti membawa kami adik beradik ke kedai buku untuk membeli buku latihan tambahan. Erm, harap-harapnya hajat dan cita-cita Wan dimakbulkan yang Maha Esa.

Penggal ke-2 di Darjah 5, Wan ditukarkan ke SK Palekbang dan kami sekeluarga menetap di rumah sendiri. Jadi kali ini saya pun buat pertama kali masuk ke sekolah yang Wan tidak mengajar. Satu kebebasan sebenarnya. Namun, ayahku tetap guruku jua, kini dan selamanya. Selamat hari ulangtahun dan selamat bersara buat Wan – The Big Wan. 08-08-08, mungkin ini salah satu sebab Wan bersara tahun ini…. tarikhnya bikin orang ternganga mulut ma.

Ayahanda Cikgu Hj Wan Rahim

Ayahanda Cikgu Hj Wan Rahim

2 Responses so far »

  1. 1

    oneadda said,

    hehehe.syoknye bcerita..:p hepi bufday 2 where..x saba nk balik raya thn nh!!!!

  2. 2

    marina said,

    tarikh lahir anak buah kite. 8.8.2008


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: