Aidiladha 1430H …… Offshore Malaysia Mode

Haji 2007

Mekah Di Musim Haji 2007

 

I’m here in Terengganu offshore @ one of the PCSB rig. Transferred back to Malaysia after nearly 6 years ‘di perantauan’. To make the story become a glory, this is the first rig experience for me in Malaysia and I’m still here today eventhough tomorrow is Hari Raya Korban….. Sorryla tak dapat balik raya tahun ni walaupun dah balik Malaysia. Maka, gambar raya sebelah Terengganu masih lagi tidak berjaya menjadikan muka ini dalam gambar raya…Hehehhehe…sorry ya Afee….

Salam Aidiladha saya ucapkan kepada isteri tercinta, semua kaum kerabat, kroniku tercinta, jua sahabat karib yang mengenali diri ini tak kira di mana anda berada, dan tidak lupa kepada semua yang mengenali diri ini. Ingatkan boleh balik raya, tapi apakah daya, kita yang merancang, Allah SWT yang menentukan. WOW + WOB + my job……. (WOW = Wait On Weather , WOB = Wait On Barite).

Kenangan Haji 2007

Kenangan Haji 2007

Gambar-gambar yang menempil sisipan kali ini di ambil ketika berkesempatan menjadi tetamu haji 2007 yang lalu. Alhamdulillah. Semoga para jemaah haji tahun ini dipermudahkan segala urusan walaupun khabarnya hujan lebat melanda Jeddah.

………………………………………………………………

Utusan Malaysia, 27 November 2009 / 9 Zulhijjah 1430

JEDDAH 26 Nov. – Hujan lebat dan banjir menyebabkan sekurang- kurangnya 77 orang maut dan beribu-ribu jemaah haji terkandas di bandar pelabuhan Jeddah pada permulaan ibadah haji semalam.

Sesetengah mangsa mati lemas atau terbunuh dalam insiden jambatan runtuh dan nahas jalan raya, manakala pasukan penyelamat melaporkan, mereka menyelamatkan 900 orang yang terperangkap dalam banjir.

Perjalanan sebilangan jemaah haji ke Mekah turut tergendala apabila sebatang lebuh raya menuju ke kota suci itu ditutup kerana ditenggelami air.

Hujan lebat luar biasa semalam, menyebabkan jalan-jalan dan bangunan dinaiki air di Jeddah, pintu masuk utama bagi jemaah haji.

Kira-kira tiga juta jemaah dari luar negara sudah tiba di Arab Saudi untuk menunaikan haji tetapi tiada seorang pun daripada mereka dilaporkan menjadi korban banjir.

Seorang saksi melaporkan dia melihat beberapa mayat bersebelahan sebuah bas yang terbalik dalam hujan lebat.

Kesesakan teruk masih berlaku di jalan-jalan utama malam tadi selepas hujan berhenti dan air banjir surut.

Pegawai kerajaan, Jassem al-Yaquout berkata, dua jambatan di lebuh raya ke Mekah runtuh manakala agensi berita rasmi SPA melaporkan, beberapa kawasan di Mekah terputus bekalan elektrik.

Di Mekah, jemaah melakukan tawaf dengan membawa payung yang biasanya digunakan untuk berlindung daripada panas matahari.

Sesetengahnya bimbang mereka tidak dapat bermalam di kawasan perkhemahan di Mina, dalam perjalanan yang pernah dilalui oleh Nabi Muhammad SAW lebih 14 abad lalu.

“Kami menginap di dalam khemah buat masa sekarang. Hujan lebat menyebabkan koridor yang dibentang permaidani merah bertukar menjadi laluan air yang menghanyutkan tin-tin minuman ringan yang kosong,” kata jemaah dari Maghribi, Zohra Nasef yang mengerjakan haji buat kali kedua.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Mansour Turki berkata, sebilangan jemaah tidak mendapat tempat di dalam khemah dan pihaknya terpaksa mendirikan khemah tambahan bagi memenuhi keperluan mereka. – Reuters

………………………………………………….

Untuk tatapan semua, memperkenalkan anak buahku yang happy sokmo….. ‘ Empunya Pipi Kemerah-merahan’ – Humairah (betul ker ejaan ni..sorry ya baby😉 )

Anak Buah Yang Comel

Anak Buah Yang Comel

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: