Am I A Racist or Patriotic Man ???? (Bahasa Malaysia version)

Isu BTN yang diharamkan oleh Kerajaan Negeri Selangor menjadikanku terfikir siapakah yang bersalah dalam hal ini. Adakah BTN itu sendiri atau pun adanya peringkat-peringkat di dalam BTN itu sendiri yang disalahgunakan dan disalahtafsirkan? Lagu yang satu ketika dulu bermain-main di mindaku ketika kecil – “Anak Kecil Main Api” dikatakan bersifat ‘racist’ dan memupuk perasaan bencikan bangsa-bangsa lain di Malaysia. Bagiku, pendapat ini hanyalah bagi mereka yang berfikiran bukan serumpun satu Malaysia, mereka yang penuh di hatinya perasaan mengesampingkan maksud di sebalik bait-bait kata yang terlirik di sebalik lagu itu. Pada hematku, lagu ini kalau dilihat dan diserap secara betul adalah satu lagu patriotik untuk rakyat Malaysia untuk menghalang penjajahan bentuk baru ke atas negara Malaysia. Ini boleh jadi dari kalangan kuasa luar ataupun individu-individu dalaman yang memimpin tetapi merampas hasil negara untuk kepentingan peribadi. Usahlah berfikiran sempit menjadikan Malaysia itu sesempit satu kampung. Marilah menuju kehadapan dengan apa yang telah ditakdirkan untuk kita bangsa Malaysia yang berbilang kaum ini. Carilah persamaan dan bukannya perbezaan dalam membangunkan negara tercinta.

Lagu Anak Kecil Main Api yang jika tidak dicemari dengan pemikiran perkauman adalah lagu yang baik.

Lagu Tema Filem Darah Satria Pada Tahun 1983….menyatukan bangsa Malaysia menentang askar-askar ‘Chin Peng’ yang pastinya pernah memberi impak kepada kemerdekaan negara jika diteliti tanpa ada bias.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: