| k n o w l e d g e | p o w e r |

“Zaman ini banyak sekali perbezaannya dengan zaman mak ayah kita dulu….kalau dulu kita pernah menguasai separuh dunia dengan kekuatan kita, tapi sekarang zaman internet, zaman dunia terbuka luas, bla bla bla…., kita perlu mengembalikan zaman keemasan kita dahulu dengan ilmu-ilmu pengetahuan, tak kira dari segi teknologi mahupun bahasa”, syarah seorang tokoh korporat dari Mongolia – Mokhatibu Sharbini (bukan nama asal) dalam satu ceramahnya di Ulan Bator baru-baru ini (bukan cerita sebenar) menggambarkan bahawasanya orang-orang, warga penduduk dunia sehinggalah di Mongolia mengakui yang dunia memerlukan kekuatan ilmu pengetahuan untuk bersaing sesama sendiri atau dalam bahasa Inggerisnya, knowledge power. Siapa yang tahu, siapa yang menguasai, mengawal selia pengetahuan, dialah yang berkuasa. Tak kiralah, dalam apa-apa bidang, hatta dalam politik di pejabat sekalipun, sekelompok manusia yang mengawal siapa yang perlu tahu merupakan contoh golongan yang bergelar ‘aku punya kuasa’.

Kenapa patik bercakap mengenai ‘knowledge power’? Lihat gambar di bawah:

rock pun rock tapi solat jgn tinggal....

rock pun rock tapi solat jgn tinggal....

1. Dalam Islam, kalau nak buat ibadat mestilah TAHU. Tahu rukun-rukunnya, tahu adab-adabnya, tahu syarat-syarat sahnya, tahu yang mana haram, harus, wajib dan sunat. Lantas, barulah menjadi ibadat. Kalau tak tahu, tu yang jadi mandi setiap hari hanyalah sebagai rutin dan sia-sia kerana kalau tahu, betul niat dan cara, maka mandi itupun menjadi ibadah, ‘free-free’ dapat pahala.

2.  Bang, jangan pakai sajer baju-baju yang beli kat kedai ‘bundle’ tu. Nampak gambar kat depan lawa, tulisan kat belakang nampak ‘rock’ terus beli dan pakai tak kira suasana dan masa. Ni mesti kes tak faham bahasa Inggeris. Satu lagi contoh ‘knowledge power’.

3. ‘Rock’ pun ‘rock’ beb… tapi gua tak tinggal solat…. yang ni memang gua respectla…. tapi kesian kat orang belakang kamu…. terus hilang khusyuk…takpun memang tak ada orang nak duduk belakang…. saf terus tak ada…. yang lagi teruk terus pergi masjid lain…. Jadi, yang sebaiknya, bukak baju tu, terbalikkan…takperla orang nak cakap hang pakai baju terbalik… tapi dah memang x ada baju lain…. terbalikkan la sekejap sampai siap solat tu….

4. Jangan malu dalam menuntut ilmu. Malu bertanya, masa bertanya tu jer yang kamu dilihat bodoh, tapi kalau malu dan terus tak tanya…kamu memang terus jadi bodoh…..

Selamat Tahun Baru 2010…..

oghe klate kito

oghe klate kito

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: